.......research.......

Thursday, December 08, 2005

BAB 1


PENDAHULUAN


1.1 PENGENALAN

Ledakan era globalisasi yang semakin rancak mendominasi dewasa ini menjadikan penggunaan komputer, perkakasan dan juga perisiannya semakin mendapat tempat. Tidak ketinggalan juga aplikasi-aplikasi yang muncul hasil daripada revolusi ini seperti kepintaran buatan (Artificial Intelligence). Neural Network ataupun rangkaian neural ini juga merupakan salah satu daripada idea yang terhasil daripada revolusi era teknologi maklumat dan komunikasi yang mana digunakan untuk maramalkan sesuatu hasil yang diperlukan.

Neural Network dalam kajian yang dijalankan ini adalah digunakan untuk meramalkan jumlah hujan tahunan untuk sesuatu tahun iaitu dari tahun 1700 hingga 1980. Perlu untuk diketahui secara terperinci mengenai struktur Neural Network ini agar segala perjalanan program Neural Network dapat difahami dan dapat dilaksanakan secara sistem selari (parallel system) menggunakan teknik yang telah dipilih iaitu reverse engineering.



1.2 OBJEKTIF

Terdapat tiga objektif utama yang telah dirangka dan ditetapkan sebelum projek ini dimulakan iaitu :
i) Menganalisa dan memahami perjalanan beberapa program back-propagation neural network yang berasaskan kepada time-series forecasting.
ii) Mengimplementasikan teknik kejuruteraan berbalik terhadap program back-propagation neural network yang dipilih.
iii) Melaksanakan dan memastikan program back-propagation neural network yang dipilih untuk diimplementasikan teknik kejuruteraan berbalik itu dapat dilaksanakan secara selari (parallel)


1.3 SKOP

Ketiga-tiga objektif tersebut telah digabungkan kepada dua skop khusus bagi menspesifikasikan projek. Segala kajian yang bakal dilaksanakan kelak akan berdasarkan kepada skop ini iaitu :
i) Memfokuskan kepada algoritma back-propagation neural network yang berasaskan kepada time-series forecasting.
ii) Melaksanakan teknik kejuruteraan berbalik.


1.4 HASIL YANG DIJANGKA

i) Program tersebut dapat dijalankan dengan sempurna dalam sistem yang selari (parallel system)
ii) Memahami secara terperinci dan jelas keseluruhan program yang telah dipilih.